Sunday, April 17, 2011

Sejarah Melayu Buatan Malaysia (Part 4) : Hang Tuah dan Ideologi orang Melayu.


Post ni sebenarnya sambungan kepada previous post Sejarah Melayu Buatan Malaysia (Part 3), kalo korang belum pernah baca part 1, sila bukak link disini.


Aku cakap karang korang terasa pulak, tapi ini lah hakikat orang Melayu, menjadi bangsa mengikut acuan, mentang2 la kita ni bangsa penyerap (dari segi bahasa, budaya, agama, adat dsb. sebab negara kita di persimpangan antara timur dan barat/selat melaka) kita juga menjadi penyerap ideologi yang dipromosikan oleh pihak2 luar.

Hah? mcm mana tu? Bia aku terangkan . . .

Bagi aku, kisah Hang Tuah hanyalah fakta sejarah dan dia bukanlah watak Protagonis atau Antagonis. Tidak patut juga watak Hang Jebat dijadikan watak Antagonis, mungkin dia sesuai dgn watak Protagonis. (sah korang pening bila aku sebut Protagonis dan Antagonis, kalau ni pun korang tak tau, gi bukak google!) Kalau lah kisah Hang Tuah ni popular disebabkan tindakannya yang 'Mulia', maka Dato' Maharaja Lela dan orang2nya lebih Mulia kerana menentang penjajah. Kisah Tok Janggut menentang penjajah lebih menyayat hati. Korang ada tengok cerita "The Passion" arahan Mel Gibson? Dalam cerita tu, pelakon yang berlakon sebagai "Nabi Isa" (mengikut fahama Kristian, bukan fahaman Islam) tu teruk kena siksa, kena salib, kena rotan dgn cemeti, pastu kena duri atas kepala, senang cakap mmg seksa la watak tu (Peringatan : kita sebagai orang Islam percaya bahawa orang yang disalib tu bukanlah Nabi Isa, sebaliknya pengkhianat yang rupanya telah diubah oleh Allah). Tapi tak cukup teruk lagi, kalau lah cerita perjuangan Tok Janggut menentang penjajah ni di filemkan, aku rasa mmg menyayat hati wa cakap lu . . .



Allahyarham Haji Mat Hassan atau Tok Janggut diseksa dengan lebih teruk, dibiarkan kelaparan, di cemeti sambil digantung terbalik oleh pihak British, mati dalam Syahid. Tapi yang sedihnya, kisah pasal Tok Janggut ni punya la ciput dalam buku sejarah. Zaman Laa Ni (Sekarang la maksudnya) bila dah ada Internet, baru lah gambar drpd Arkib Perpustakaan Bodleian di Oxford University ni dapat didedahkan. Tak pernah aku tgk gamba ni masa aku belajar skolah dulu, cerita pasal tok janggut ni pun satu perenggan aje ade. Tapi korang ape nak kisah, yang korang kisahnya FB, Raja Lawak, AF, wayang crita baru ape nak keluar, lagu ape tgh hot, tapi bab sejarah negara sendiri taknak ambil kisah.

Mari kita tengok info pasal file Hang Tuah yg pertama pulak.

Info mengenai filem Hang Tuah (1956)
Hang Tuah
Directed byPhani Majmudar
Written byMC ff.Sheppard (Original Story),Jamil Sulong Dialog-(Original Story),Phani Majmudar (Screenplay)
StarringP. Ramlee
Saadiah
Ahmad Mahmood
Nordin Ahmad
Music byP. Ramlee
CinematographyNB Vasudev
Distributed byMalay Film Production Ltd
Release date(s)1956
CountrySingapore
Malaysia
LanguageMalay


Cerita ni Written by sape? Ahmad? Kamaruddin? Hussin Lampoyang?? bukan, bukan, bukan ... yg tulis ialah MC ff. Sheppard from Ireland, pengarahnya sape? Phani Majmudar from India.

Cuba kita kaji, korang punya Nenek or Moyang lahir agak2 bila? sebelum 1900 ke selepas 1900? Betul ke kisah Hang Tuah ni adalah kisah paling Mahsyur orang Melayu sejak dulu kala atau merupakan sejarah yg dipilih oleh pihak penjajah untuk di Mahsyurkan??? Cuba fikir diluar kotak sikit. Cerita Dato' Maharaja Lela menetang penjajah mana pegi? Apesal MC ff Sheppard ngan Phani Majmudar takna buat cerita pasal Pasir Salak??? yg aku heran, dulu Dato' Senator Jins Samsudin nak buat cerita "Pasir Salak" (pasal Dato' Maharaja Lela) pun mengambil masa lebih 10 tahun tak siap2, pastu berkubur mcm tu je. Balik kepada cerita Hang Tuah, dlm ilmu politik, ini semua dikira sebagai 'Selective History'.

Q : Apa itu 'Selective History'?

A : Selective History ialah sejarah yang dipilih oleh pihak2 tertentu melalui media mereka yang memenangkan pihak mereka untuk mendapatkan sesuatu seperti 'Authority', 'Reasons' dan 'Sovereignty'. Biasanya sekarang ni selective history diamalkan oleh orang2 yahudi yang menggunakan media mereka untuk menanamkan idea kepada orang barat bahawa merekalah yang paling layak untuk tanah orang2 Palestin dan akhirnya menghalalkan cara untuk merobohkan rumah penduduk2 Palestin dan membunuh anak2 mereka. Selective history juga digunakan untuk mendapatkan sokongan, mendapatkan hak dan keesahan/kedaulatan/keberhakkan sementara sejarah2 yang lain akan diketepikan agar orang ramai akan mengakui perkara tersebut.

Nah, cuba fikir di luar kotak, sekarang ni Selective History banyak berlaku di sekeliling kita, kalo tak percaya, setiap kali korang tengok tv pastu keluar bab sejarah, apa perasaan korang? Pastu korang telah di tanam oleh satu idea bahawa pihak A tersebut mmg mempunyai hak terhadap perkara tersebut. Inilah salah satu contoh selective history. Jgn salah faham, memang aku respek dan salut sumbangan Bapa Kemerdekaan kita Dato' Tunku Abdul Rahman dan rakan2nya me'merdeka'kan negara kita, tapi selain UMNO, banyak juga pihak2 lain sampai bermandi darah cuba untuk me'merdeka'kan negara kita. korang kaji sejarah form 5, mmg banyak pihak yg struggle tapi kisah mereka tak sampai satu perenggan pun, KMM (Kesatuan Melayu Muda, bukan yg komunis tu PKM tu), Awas, dan mcm2 organization lagi pun sebenarnya struggle utk kita, tapi (ni contoh je ek, jgn ambik port) bila TV asyik tunjuk bahawa hanya UMNO sahaja yg memerdeka kan negara kita, maka ia menyuntik idea bahawa UMNO lah yg berhak mendapat sokongan kerana kita telah byk terhutang budi dgn mereka, bukan nak condemn kerajaan, cuma aku nak tunjukkan kesan selective history, habis nenek moyang kita yg berjuang di luar UMNO tak diberi penghormatan. Bagi aku sekarang ni tak kisah la kalo UMNO merdeka kan negara ke ape, sbb yg penting dasar yg mereka buat hari ni di persetujui oleh rakyat, sbb nya orang2 yang memerdekakan Tanah Melayu dulu semuanya dah takde lg, boleh kata mereka semua dah meninggal dunia dan ada juga yg dah keluar perti mcm Dato' Onn bin Jaafar pengasas UMNO. Apa2 pun, sekalung penghargaan kepada para pejuang kemerdekaan samada didalam atau diluar UMNO. (pergh .. ayat berlapik, takut kena kantoi)



1 comment:

  1. Org ireland tu buat citer pasal Hang Tuah sbb ada ditulis hikayatnya dulu..so dia berpandu pada buku hikayat..kalau nak dibandingkan dgn cerita tok janggut,maharajalela yg disampaikan dari mulut ke mulut tanpa catatan watsoever..org ireland ni bkn org melayu bro, kau kena ingat tu.Macam mana dia nak tau pasal cerita pejuang kita yg lain2 tu..dia bukan penduduk kat tanah ni.Dia pon x familiar dgn Pulau singapore tu inikan pulak Malaya.Kau bayangkan la..cerita pejuang2 yg kau tulis tu kebanyakannya cuma popular kat sesetengah daerah je.Contoh, Tok Janggut.Seorang pejuang yg famous di Kelantan..kau expect org Singapore tau ke kisah Tok Janggut yg berbatu jauh ke utara sana tu..of course la x melainkan kalau org Singapore tu sendiri amik inisiatif nak korek cerita dari mulut org Kelantan..fikir logik skit la bro.Jangan berprasangka buruk kat org lain.Hanya kerana dia org Putih.Tu racist namanya bro.Cuma sedikit luahan hati saya. Kalau terkurang ajar diharap ampunkanlah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...