Wednesday, April 27, 2011

March 2011 : 20 Millions Facebook hits from Putrajaya!!!




Yang sebenarnya aku masih dlm pembinaan buat pasal post Sejarah Melayu Buatan Malaysia. Tapi aku rehat jap topic tu, nanti dah siap semua InsyaAllah aku akan compile kan.

Ni ada berita best dan mungkin menarik perhatian, source from Yahoo Malaysia. Pada Bulan Mac 2011, sebanyak 20 Juta kali orang masuk Facebook dan IP Address tu datangnya drpd Putrajaya, time office hour pulak tu, tak tau la berita drpd Yahoo ni betul ke tak sbb ada org ckp yg Government dah block FB kat Putrajaya. Entah la . . . Apa komen korang . . .




Sunday, April 17, 2011

Sejarah Melayu Buatan Malaysia (Part 4) : Hang Tuah dan Ideologi orang Melayu.


Post ni sebenarnya sambungan kepada previous post Sejarah Melayu Buatan Malaysia (Part 3), kalo korang belum pernah baca part 1, sila bukak link disini.


Aku cakap karang korang terasa pulak, tapi ini lah hakikat orang Melayu, menjadi bangsa mengikut acuan, mentang2 la kita ni bangsa penyerap (dari segi bahasa, budaya, agama, adat dsb. sebab negara kita di persimpangan antara timur dan barat/selat melaka) kita juga menjadi penyerap ideologi yang dipromosikan oleh pihak2 luar.

Hah? mcm mana tu? Bia aku terangkan . . .

Bagi aku, kisah Hang Tuah hanyalah fakta sejarah dan dia bukanlah watak Protagonis atau Antagonis. Tidak patut juga watak Hang Jebat dijadikan watak Antagonis, mungkin dia sesuai dgn watak Protagonis. (sah korang pening bila aku sebut Protagonis dan Antagonis, kalau ni pun korang tak tau, gi bukak google!) Kalau lah kisah Hang Tuah ni popular disebabkan tindakannya yang 'Mulia', maka Dato' Maharaja Lela dan orang2nya lebih Mulia kerana menentang penjajah. Kisah Tok Janggut menentang penjajah lebih menyayat hati. Korang ada tengok cerita "The Passion" arahan Mel Gibson? Dalam cerita tu, pelakon yang berlakon sebagai "Nabi Isa" (mengikut fahama Kristian, bukan fahaman Islam) tu teruk kena siksa, kena salib, kena rotan dgn cemeti, pastu kena duri atas kepala, senang cakap mmg seksa la watak tu (Peringatan : kita sebagai orang Islam percaya bahawa orang yang disalib tu bukanlah Nabi Isa, sebaliknya pengkhianat yang rupanya telah diubah oleh Allah). Tapi tak cukup teruk lagi, kalau lah cerita perjuangan Tok Janggut menentang penjajah ni di filemkan, aku rasa mmg menyayat hati wa cakap lu . . .



Allahyarham Haji Mat Hassan atau Tok Janggut diseksa dengan lebih teruk, dibiarkan kelaparan, di cemeti sambil digantung terbalik oleh pihak British, mati dalam Syahid. Tapi yang sedihnya, kisah pasal Tok Janggut ni punya la ciput dalam buku sejarah. Zaman Laa Ni (Sekarang la maksudnya) bila dah ada Internet, baru lah gambar drpd Arkib Perpustakaan Bodleian di Oxford University ni dapat didedahkan. Tak pernah aku tgk gamba ni masa aku belajar skolah dulu, cerita pasal tok janggut ni pun satu perenggan aje ade. Tapi korang ape nak kisah, yang korang kisahnya FB, Raja Lawak, AF, wayang crita baru ape nak keluar, lagu ape tgh hot, tapi bab sejarah negara sendiri taknak ambil kisah.

Mari kita tengok info pasal file Hang Tuah yg pertama pulak.

Info mengenai filem Hang Tuah (1956)
Hang Tuah
Directed byPhani Majmudar
Written byMC ff.Sheppard (Original Story),Jamil Sulong Dialog-(Original Story),Phani Majmudar (Screenplay)
StarringP. Ramlee
Saadiah
Ahmad Mahmood
Nordin Ahmad
Music byP. Ramlee
CinematographyNB Vasudev
Distributed byMalay Film Production Ltd
Release date(s)1956
CountrySingapore
Malaysia
LanguageMalay


Cerita ni Written by sape? Ahmad? Kamaruddin? Hussin Lampoyang?? bukan, bukan, bukan ... yg tulis ialah MC ff. Sheppard from Ireland, pengarahnya sape? Phani Majmudar from India.

Cuba kita kaji, korang punya Nenek or Moyang lahir agak2 bila? sebelum 1900 ke selepas 1900? Betul ke kisah Hang Tuah ni adalah kisah paling Mahsyur orang Melayu sejak dulu kala atau merupakan sejarah yg dipilih oleh pihak penjajah untuk di Mahsyurkan??? Cuba fikir diluar kotak sikit. Cerita Dato' Maharaja Lela menetang penjajah mana pegi? Apesal MC ff Sheppard ngan Phani Majmudar takna buat cerita pasal Pasir Salak??? yg aku heran, dulu Dato' Senator Jins Samsudin nak buat cerita "Pasir Salak" (pasal Dato' Maharaja Lela) pun mengambil masa lebih 10 tahun tak siap2, pastu berkubur mcm tu je. Balik kepada cerita Hang Tuah, dlm ilmu politik, ini semua dikira sebagai 'Selective History'.

Q : Apa itu 'Selective History'?

A : Selective History ialah sejarah yang dipilih oleh pihak2 tertentu melalui media mereka yang memenangkan pihak mereka untuk mendapatkan sesuatu seperti 'Authority', 'Reasons' dan 'Sovereignty'. Biasanya sekarang ni selective history diamalkan oleh orang2 yahudi yang menggunakan media mereka untuk menanamkan idea kepada orang barat bahawa merekalah yang paling layak untuk tanah orang2 Palestin dan akhirnya menghalalkan cara untuk merobohkan rumah penduduk2 Palestin dan membunuh anak2 mereka. Selective history juga digunakan untuk mendapatkan sokongan, mendapatkan hak dan keesahan/kedaulatan/keberhakkan sementara sejarah2 yang lain akan diketepikan agar orang ramai akan mengakui perkara tersebut.

Nah, cuba fikir di luar kotak, sekarang ni Selective History banyak berlaku di sekeliling kita, kalo tak percaya, setiap kali korang tengok tv pastu keluar bab sejarah, apa perasaan korang? Pastu korang telah di tanam oleh satu idea bahawa pihak A tersebut mmg mempunyai hak terhadap perkara tersebut. Inilah salah satu contoh selective history. Jgn salah faham, memang aku respek dan salut sumbangan Bapa Kemerdekaan kita Dato' Tunku Abdul Rahman dan rakan2nya me'merdeka'kan negara kita, tapi selain UMNO, banyak juga pihak2 lain sampai bermandi darah cuba untuk me'merdeka'kan negara kita. korang kaji sejarah form 5, mmg banyak pihak yg struggle tapi kisah mereka tak sampai satu perenggan pun, KMM (Kesatuan Melayu Muda, bukan yg komunis tu PKM tu), Awas, dan mcm2 organization lagi pun sebenarnya struggle utk kita, tapi (ni contoh je ek, jgn ambik port) bila TV asyik tunjuk bahawa hanya UMNO sahaja yg memerdeka kan negara kita, maka ia menyuntik idea bahawa UMNO lah yg berhak mendapat sokongan kerana kita telah byk terhutang budi dgn mereka, bukan nak condemn kerajaan, cuma aku nak tunjukkan kesan selective history, habis nenek moyang kita yg berjuang di luar UMNO tak diberi penghormatan. Bagi aku sekarang ni tak kisah la kalo UMNO merdeka kan negara ke ape, sbb yg penting dasar yg mereka buat hari ni di persetujui oleh rakyat, sbb nya orang2 yang memerdekakan Tanah Melayu dulu semuanya dah takde lg, boleh kata mereka semua dah meninggal dunia dan ada juga yg dah keluar perti mcm Dato' Onn bin Jaafar pengasas UMNO. Apa2 pun, sekalung penghargaan kepada para pejuang kemerdekaan samada didalam atau diluar UMNO. (pergh .. ayat berlapik, takut kena kantoi)



Tuesday, April 12, 2011

Sejarah Melayu Buatan Malaysia (Part 3) : Hang Tuah, kisah sejarah Melayu No. 1 Wajib diketahui?



Post ni sebenarnya sambungan kepada previous post Sejarah Melayu Buatan Malaysia (Part 2), kalo korang belum pernah baca part 1, sila bukak link disini.



"Takkan Melayu Hilang di dunia" - Laksamana Hang Tuah.




Siapa tak kenal dengan Hang Tuah, satu watak Lagenda yang tak dapat dipastikan kewujudannya tapi sangat signifikan dalam budaya Melayu. Sebut sahaja nama Hang Tuah, ia melambangkan bangsa Melayu atau wakil orang Melayu. Contohnya kalau kita sebut nama Robin Hood, kita akan kaitkan dengan budaya Inggeris, Laksamana Cheng Ho dengan budaya China, Genghis Khan dengan budaya Mongol dan sebagainya.

Tapi hari ni kita diperkenalkan dengan beberapa watak sejarah lain selain Hang Tuah, contohnya Merong Mahawangsa, Datuk Maharaja Lela, Mahsuri dan sebagainya. Setiap daripada watak2 ni ada ciri2 tersendiri drpd jalan cerita dan perwatakan, namun ada satu watak yg aku belajar masa darjah lima (dalam subjek Kajian Tempatan), nama watak tu Sultan Alauddin Riwayat Syah iaitu Sultan Melaka ke-7. Aku admire Sultan ni sbb sebagai Sultan, baginda sanggup turun sendiri menyamar sebagai rakyat jelata dan menangkap penjenayah. Kira mcm ala2 super hero la. Mcm Batman contohnya, dia orang kaya kat Gotham City, tapi orang tak tau yang dia jugak super hero pada waktu malam dan buat misi menyelamat. Tapi entah kenapa watak Sultan Alauddin Riayat Syah ni tidak ditonjolkan sgt, yg banyaknya balik2 kisah Hang Tuah, kenapa? . . . So, kalau kita duduk diam sahaja dan tak nak kaji, kita takkan faham apa yang berlaku sebenarnya.

Tapi bagi sesiapa yang dah baca post aku part dlm Part 1 mungkin dapat tangkap apa yang sedang berlaku dan kenapa Hang Tuah dipilih sebagai Hero Melayu No. 1

SIAPAKAH HANG TUAH?

ada pelbagai2 teori tentang asal-usul Hang Tuah ni, ada yg kata dia berasal dari pulau Bentan, ada yang kata dia ni mmg orang tempatan, ada yg kata dia berasal dari Sumatera, yg paling kuat diperdebatkan juga apabila ada yang kata Hang Tuah ni sebenarnya orang cina. Sampai gaduh2 diorang bincang pasal ni, iye la, Hang Tuah kan wira orang Melayu katanya. Since aku pun tak dapat nak merungkai misteri kewujudan Hang Tuah, mari kita beralih kepada ciri2 karekter Hang Tuah ni pulak.

Watak Hang Tuah tu sendiri sangat misteri dan orang menganggapnya sebagai Lagenda (cerita yang besar tapi orang tak tau sama ada ianya cerita fakta atau mitos). Senang kata, selain mereka2 ni berdebat tentang asal-usul Hang Tuah, mereka2 ni juga mempertikaikan kewujudan Hang Tuah. Memang ada golongan percaya bahawa Hang Tuah juga sebenarnya tak wujud dan hanyalah mitos semata2. Itu aku tak tahu sama ada betul atau tidak, tapi yang pentingnya mari kita kaji karekter peribadi Hang Tuah ni.

Menurut jalan cerita yang kita dengar, Hang Tuah ni adalah seorang laksamana yang terer giler, kira gagah dan kuat, beliau berjaya mengalahkan hero kerajaan Majapahit yg dikenali sebagai Temagi dan merampas Keris milik Temagi yang mahsyur bernama Taming Sari. Sahabat Hang Tuah ada 4 iaitu Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi, mereka digelar 5 sahabat. Namun keselurahan Laksamana pada zaman ni ada sembilan orang kesemuanya dan 5 sahabat ni termasuk dlm senarai 9 orang Laksamana Melaka. Sahabat paling rapat Hang Tuah adalah Hang Jebat dan Hang Jebat juga sangat respek kepada Hang Tuah. Dikatakan pada suatu hari, Hang Tuah telah di fitnah kononnya telah mengadakan hubungan sulit dengan dayang Istana. Beliau dihukum bunuh oleh Sultan dan Tun Ali dan orang2nya ditugaskan untuk melaksanakan hukuman bunuh keatas Hang Tuah. Disebabkan Hang Tuah telah banyak berjasa kepada negara, beliau tidak dihukum di Khalayak ramai sebaliknya Tun Ali bercadang melaksanakan hukuman tersebut di dalam hutan pedalam. Di sana Tun Ali telah membebaskan Hang Tuah dan dinasihatkan agar tinggal bersama orang2 di pedalam tersebut (mungkin la Orang Asli kot).

Hang Jebat yang sangat2 menyanjung tinggi sahabatnya Hang Tuah telah memberontak atau lebih dikenali sebagai "menderhaka kepada Sultan". (Ingat istilah ni sampai mati - menderhaka kepada Sultan). Hang Jebat berjaya mendapatkan pengaruh dan ramai yang join forces Hang Jebat ni sebenarnya. Mereka berazam untuk menjatuhkan Kerajaan dan Sultan Melaka. Memang masa tu keadaan Melaka menjadi kucar kacir, buat pertama kalinya dalam sejarah, kerajaan kesultanan melayu mengalami krisis politik. Ini berlaku disebabkan reputasi Hang Tuah yg telah dihukum dan reputasi Hang Jebat yg sangat berpengaruh.

Apa lagi, Sultan pun naik risau, Baginda pun menyuarakan kepada Tun Ali "kan best kalau Hang Tuah masih hidup". Terus Tun Ali mintak ampun dan memberi tahu bahawa Hang Tuah sebenarnya tidak dibunuh, sebaliknya menetap di kampung pedalaman. Terus Sultan mengarahkan Tun Ali pergi menjemput balik Hang Tuah untuk mengalahkan Hang Jebat the Rebellious. Kemudian . . . ini adalah point yang paling penting dalam sejarah, ingat ni! Bahawa "Hang Tuah merupakan seorang rakyat jelata yang taat setianya tidak berbelah bahagi kepada Sultan". Hang Tuah telah menurut perintah Sultan untuk pergi melawan Hang Jebat, orang yang membelanya sendiri. Kalau ikut cerita Hang Tuah versi P.Ramli 1959, Hang Jebat (lakonan Ahmad Mahmud) telah menjemput Hang Tuah (lakonan P.Ramli) untuk join rebellion tersebut. Tapi HangTuah marah giler dengan sikap Hang Jebat, "Kenapa kau bodoh sangat dan sanggup menderhaka kepada Sultan?" kata Hang Tuah. Lalu mereka berdua pun fight fair and square. Ditakdirkan Hang Tuah menang dalam pertarungan tersebut, Hang Jebat telah dibunuh oleh sahabat karibnya sendiri walaupun Hang Jebat telah bangkit membelanya, dan kesemua pengikut2 rebellion Hang Jebat dihukum bunuh! Kerana??? - menderhaka kepada Sultan!




Sambung part 4

Sunday, April 10, 2011

Sejarah Melayu Buatan Malaysia (Part 2) : Hikayat Merong Mahawangsa versi KRU yang menyedihkan.



Post ni sebenarnya sambungan kepada first post Sejarah Melayu Buatan Malaysia (Part 1), kalo korang belum pernah baca part 1, sila bukak link disini.



So macam biasa lah, pada tarikh 10 Mac 2011 adalah tarikh yang ditunggu2 oleh penggemar Filem tempatan dan juga Filem epik mcm filem Hikayat Merong Mahawangsa. Aku sebagai penggemar Filem Epik mmg tertunggu2 filem ni sbb ada dengar daripada kawan2 yang filem ni gempak. Sejarah Merong Mahawangsa dan kerajaan Kedah (Langkasuka) merupakan sisa-sisa kebudayaan melayu terawal serta meninggalkan artifak arkeologi, contohnya di Lembah Bujang.

Aku pun heran, entah kenapa bab sejarah yang pertama sekali aku belajar masa darjah 5 (dalam subjek Kajian Tempatan) adalah pasal Kerajaan Melaka dan Hang Tuah 5 sahabat, sampaikan aku ingat daripada situ lah tamadun Melayu Bermula. Rupa2nya kerajaan Terengganu lebih awal wujud dengan penemuan Batu Bersurat dan batu Nesan di Terengganu berasal sekitar 1300 masihi. Belajar punya belajar, rupanya ada lagi yang lebih awal, pasal Lembah Bujang pulak, boleh trace seawal 100 Sebelum Masihi. Kes Merong Mahawangsa ni menurut sejarahnya adalah sekitar tahun 200 masihi. Sebab tu aku rasa filem ni macam best je. Tapi masa pagi tu aku tengok the making ngan trailer filem dia, terus aku reject & tak jadi gi tengok. Nak tau kenapa? (ye la, bab ni aku memang emosional sikit).

1) Tamadun yang terlebih ketinggalan berbanding tamadun lain.

Dalam cerita ni ada tiga tamadun yang utama iaitu Rome, China dan Nusantara. Tamadun Nusantara ni telah dibahagi kepada 2 oleh KRU, iaitu Langkasuka/Kedah yang mewakili tamadun Malaysia dan Lanun yang bernama 'Geruda' (hampir sama dengan bunyi Garuda) secara tidak langsung mambawa satu Rhetorik bahawa ianya menunjukkan 'Indonesia kuno'. Mungkin KRU nak tunjukkan yang orang Indonesia ni golongan Lanun kot, tu aku tak tahu. Selain daripada ni, Merong Mahawangsa juga singgah ke India tapi tamadun India tak begitu menyerlah dalam konflik ni.

Masalahnya sekarang ni, KRU tunjuk set kat kat Rome dan set kat China memang gempak dan menunjukkan betapa canggihnya kedua2 tamadun tu. Sedangkan tamadun Melayu pulak hanya berumah buluh dan beratap rumbia, betul2 nampak mcm orang gasar, kerja lain takde, nelayan je semua.




2) Pakaian Melayu terdiri daripada 'jerami guni'.

yang ni satu lagi masalah. Kita Malaysia ni berada ditengah2 laluan timur dan barat, para pedadagang drpd China dan India banyak berhenti di Pelabuhan sekitar Selat Melaka contohnya Langkasuka. Memang bangsa Melayu ni bangsa yang menyerap, mereka akan mengadaptasi sesuatu drpd tamadun lain dan meng'asimilasi'kan budaya tersebut (korang tau tak asimilasi tu ape? hmm. . . sah buta sejarah, gi seaarch kat google). Tapi kenapa orang Melayu takde baju yang diperbuat drpd kain? bukankah salah satu komoditi para pedagang drpd India adalah kain kapas dan drpd China pula kain sutera dan kapas? Tapi oramg melayu ala2 KRU ni nak jugak pakai baju guni. Selain daripada ini, direkodkan bahawa Merong Mahawangsa dan orang2 melayu di Langkasuka menganut agama Hindu-Buddha, jadi bukankah kain mcm sami selalu pakai tu penting dalam upacara keagamaan Hindu-Buddha, maknanya dah tentu mereka ni pernah diperkenalkan dengan pakaian yang diperbuat drpd kain?


Kesum (Dato' Rahim Razali) dan Embok (Ummi Nazeera) bersama Merong Mahawangsa (Stephen Rahman). Ketiga2nya pakai baju guni.


Perbandingan pakaian orang China dan Melayu. (bak kata Usop Wilcha : "Nampak sangat menipunye . . .")


3) Bab2 lain yang KRU terlepas pandang.

Aku rasa KRU tak tau kot yang Ibu Negeri Langkasuka ialah Lembah Bujang. Sebenarnya Lembah Bujang ni merupakan 'city state' tamadun Melayu kuno yang berjaya diteroka oleh ahli sejarah. Bukti Arkeologi menunjukkan bahawa sebenarnya Lembah Bujang merupakan bandar yang maju kerana para arkeologi telah menemui tempat melabur besi, (mengesan penemuan tanah berkarat/kehadiran unsur besi yang tertumpu pada tanah) saliran air dan binaan yang diperbuat daripada batu (Bukannya buluh dan atap rumbia)

Fail:Kedarch.gif

Nak lagi? ambik keratan kosmo ni.

"Misi arkeologi PPAG yang disokong sepenuhnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu dibawah seliaan Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara, Datuk Profesor Zuraina Majid akhirnya berjaya merungkai jawapan.

Tarikh 9 Mei 2007 kekal diingati Mokhtar. Tinjauan lapangan ke atas 97 busut kecil di tapak Sungai Batu ini yang menimbulkan persoalan dijawab oleh hasil kaji selidik geofizik yang dilakukan. Kesan bonjolan dan bongkahan beberapa bata yang ditemui dari salah satu busut itu menyimpan khazanah arkeologi yang cukup hebat.

"Menerusi rakaman imej radar yang diperoleh kemudian, kita mengesan kandungan tanah di bawahnya adalah lumpur dan berkemungkinan ada industri menghasilkan bata di sini," ujar Mokhtar ketika ditemui di lokasi ekskavasi itu baru-baru ini."

Rujuk artikel penuh disini : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0717&pub=Kosmo&sec=Horizon&pg=ho_02.htm



Jadi, apakah maklumat yang penting kat sini? dah tentu lah pembuatan batu bata. Maklumat ni penting sebab ini menunjukkan orang Melayu pun ada binaan batu sendiri!


"Ate sesiape yang setuju, sila angkat tangan macam saye . . . "

sigpic8092_11



Sambung part 3

Sejarah Melayu Buatan Malaysia (Part 3) : Hang Tuah, kisah sejarah Melayu No. 1 Wajib diketahui?

Sejarah Melayu Buatan Malaysia (Part 1) : Orang Melayu Ketinggalan, lembab, miskin, tak maju???

Aku rasa ramai yang dah tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa yang menelan belanja RM 8 juta ni. Sekalung tahniah buat team KRU kerana telah berjaya menerbitkan filem ini dan menjadikannya filem box office. Tapi untuk pengetahuan korang, aku adalah antara beberapa orang yg 'ban' cerita ni selepas aku tengok trailer dia kat TV. Nak tau kenapa?

Sebenarnya aku ni seorang peminat filem epic dan aku akan pergi tengok filem epic lama2 mcm cerita Puteri Gunung Ledang, cerita epic Hollywood macam filem Gladiator, Filem 300, Kingdom of Heaven, filem China macam Crouching Tiger Hidden Dragon, filem Jepun etc. Filem2 mcm ni best sgt sbb masa ni mereka tunjukkan keadaan yang dah takde pada masa sekarang. Jadi apakah isu utama aku reject filem Hikayat Merong Mahawangsa atau HMM ni? tidak lain dan tidak bukan adalah faktor sejarah ala2 KRU yang nyata buta sejarah dan merupakan pengikut sejarah melayu telunjuk penjajah.

Nanti dulu, aku rasa ramai yang tak paham apa maksud aku. Sebelum aku terang panjang lebar, aku nak korang tengok satu post blog sahabat aku kat sini atau biar aku pendekkan sahaja. Ya, sebenarnya boleh dikatakan ramai diantara kita yang buta sejarah akibat ditanam oleh idea2 penjajah. Golongan2 penjajah yang terdiri daripada portugis, belanda dan inggeris ni semuanya nak merampas hasil bumi melayu yang kaya ni dan mereka telah merancang berbagai agenda untuk mendapatkan satu "Authority", "Reasons" dan "Sovereignty" untuk menguasai Bumi Melayu.

Amat melucukan apabila rangkaian buku Sejarah Melayu yang diagung-agungkan telah ditulis oleh W.G. Shellabear, R.J. Wilkinson, W. Maxwell, Sir Frank Sweetanham dan ramai lagi 'mat saleh'2 yang pangkal nama john, peter, edward, dan rakan2. Siapakah mereka ini dan apakah tujuan mereka??? Kalo aku nak terang satu persatu memang panjang, tapi mereka ni la antara ejen2 penjajah atau golongan 'Freemason' yang menanam idea sejarah kepada orang 'Melayu' yang tak suka membaca ni. Pendek kata, orang Melayu memang senang ditipu disebabkan tak suka belajar, membaca dan menurunkan Ilmu, yang mereka suka ialah menurunkan cerita daripada tukang karut atau penglipur lara sahaja.

Satu kajian daripada UKM menunjukkan bahawa sesetengah cereka melayu yg kita dengar sebenarnya direka dan ditanam oleh para penjajah. Cerita ini diperturunkan bagi menanam idea bahawa orang Melayu ni No. 1 sekali ..... MALAS NAK MAMPOS! (mcm mat jenin),...... LAMBAT! (mcm lebai malang/janji melayu), ....... BODOH NAK MAMPOS! (mcm Pak Pandir). Menurut sejarah, mat salleh dulu2 begitu fasih berbahasa melayu contohnya mcm W.G.Shellabear dan Frank Sweetanham. Sir Frank Sweetanham dikatakan pandai berpantun dan bersyair, kalo setakat nak reka tajuk cerita Angan-angan Mat Jenin atau Pak Pandir tu tak mustahil ia direka sendiri oleh orang inggeris zaman tu.


Akibat daripada ini orang Melayu diajar oleh orang putih bahawa orang Melayu adalah satu bangsa yang mundur, kuno, takde ape boleh dibanggakan pun dan dah memang "tugas orang putih" (The White's Burden) untuk memajukan orang Melayu yang kuno ni. Sebenarnya, inilah idea penjajah yang nyata. Mereka cuba menggambarkan bahawa datuk nenek moyang orang Melayu adalah sangat2 ketinggalan berbanding nenek moyang orang barat.

Kita ambil karya oleh W.G. Shellabear yang bertajuk Sejarah Melayu sebagai contoh. Dalam Kitab karangan W.G. Shellabear ini menerangkan bahawa orang Melayu tinggal dirumah Papan semata2, pakaian Melayu adalah Tengkolok, dan lazimnya orang Melayu tidak memakai Selipar (hanya berkaki ayam . . . adeh, kunonya) kecuali Raja dan pembesar2 sahaja. Senjata orang Melayu pulak takde lain selain Keris dan Tombak sahaja. Keris yang pendek dan Tombak kuno zaman batu ni lah yang telah menjadi kebanggaan orang Melayu sehinggakan Keris ini dijadikan Lambang penting sebuah "Parti Melayu" katanya (Opss . . . termasuk cerita politik pulak). Inilah tipudaya penjajah Freemasons semata2, mereka menanamkan idea2 ini kepada orang Melayu untuk mendapatkan 3 benda ni iaitu "Authority (Hak, berhak), Reasons (Bersebab) dan "Sovereignty" (Keesahan/kedaulatan/keberhakkan) untuk menjajah Bumi Melayu.

Sebenarnya senjata Melayu pada zaman Hang Tuah bukanlah semata2 Keris, Tombak dan Dulang sebagai perisai, tetapi terdiri daripada pelbagai senjata rahsia atau juga dikenali sebagai "Gun" in English. Kalo korang dah check kat sini. Peranan Keris memang penting sebab ia menunjukkan status seseorang, ni ibarat orang kaya memiliki kereta Mercedes la. Hal ini juga diamalkan oleh orang2 kaya Arab-Jordan zaman pertengahan, sehinggalah zaman sekarang mereka akan memakai pisau bengkok dan letak dipinggang untuk melambangkan status mereka.


Pisau bengkok orang Arab-Jordan dan Keris orang Melayu

Kita balik kepada orang Melayu, sebenarnya orang Melayu dulu2 ni mempunyai teknik meleburkan besi yang sophisticated sampai mereka boleh 'produce' senjata api hebat, siap dengan nama dan perkataan Melayu tersendiri lagi. Perkataan2 ini memang original Malay wa cakap lu, takde pengaruh luar pun. Contohnya :

*Cannon=Meriam,Lela

*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka

*Flintlock Musket=Istinggar

*Blunderbuss=Pemuras

*Pistol=Terakol

Sumber daripada : http://ceritasatumalam.blogspot.com/2010/06/origins-of-malay-part-2.html (Thanks to lolo86)

Contoh : *Blunderbuss=Pemuras



*Pistol=Terakol


*Flintlock Musket=Istinggar


*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka (Macam lambang Arsenal pun ada, he he . . .)

*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand

*petikan gambar filem langkasuka (Thailand, cerita pasal kebudayaan Melayu Pattani yang kawin dengan Putera negeri Pahang)

*pengawal2 istana yang menggunakan istinggar dalam filem Langkasuka

*putera pahang yang pakar dalam menembak dalam filem Langkasuka

*putera pahang yang menembak menggunakan terakol serta memakai baju besi dalam filem Langkasuka

Semua gambar2 diatas dipinjam daripada lolo86 dalam post : http://ceritasatumalam.blogspot.com/2010/06/origins-of-malay-part-2.html

Sungguh memalukan apabila sejarah hebat Melayu seperti kisah Langkasuka (Zaman Pecahan Pattani) perlu ditonjolkan oleh orang Thailand, ini kerana walaupun Pattani moden kini berada dibawah jajahan Thailand, kisah Langkasuka adalah kisah tamadun Melayu dan sepatutnya orang Melayu yang harus mengangkat kisah tamadun ini, bukannya tunggu dan biarkan orang Thailand yang buat. Tapi aku rasa bagus jugak orang Thailand yang buat cerita ni berbanding tunggu orang Melayu yang buat. Nak tau kenapa? Sebab kalo orang Melayu macam set2 KRU yang buat, atau Datin Tiara Jaquelina yang buat, aku rasa dah tentu takde scene Permaisuri guna Meriam dan lela rentaka, pengawal2 istana Langkasuka pun takkan guna Istinggar (Rifle) dalam filem ni. Putera Sultan Pahang pun takkan pakai 'baju besi' sambil guna Terakol masa join venture dengan Permaisuri Langkasuka. Sebab orang Thailand tak bodoh, mereka rajin membaca dan buat kajian sendiri.

Orang Melayu mungkin lebih awal mengetahui ilmu Gun & Armoury ni berbanding orang2 barat sbb Tanah Melayu lebih dekat dengan China. Umum diketahui bahawa ilmu dan teknik letupan serta bungi api (fireworks) memang berasal daripada China. Menurut sejarah barat, orang eropah mempelajari teknik letupan daripada Arab dan Parsi, Perang Salib banyak membantu mereka maju dalam peperangan, sementara orang Arab dan Parsi pula mempelajarinya daripada orang China dan India.Sementara itu, tanah Melayu pula merupakan pelabuhan perantaraan antara China dan India dan lebih hampir berbanding eropah. Jadi sejak pada zaman Melaka lagi para laksamana dan tentera Melaka pasti mempunyai Terakol (Pistol), Istinggar (Rifle) dan Rentaka (mobile Canon) sendiri bagi mengawal pelabuhan. Kalau tak mcm mana kawasan ni boleh maju sampai dicemburui oleh portugis dan belanda?


"Ate sesiape yang setuju, sila angkat tangan macam saye . . . "

sigpic8092_11

Sambung Part 2.

Sejarah Melayu Buatan Malaysia (Part 2) : Hikayat Merong Mahawangsa versi KRU yang menyedihkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...