Weird facts ver.1.0

Mungkin anda fikir anda mengetahui segalanya. Bacalah fakta-fakta berikut, mungkin anda tidak tahu perkara yang pelik tapi benar ,takut,sedih,gembira,marah dan sebagainya yang berlegar di dunia ini. Ikuti fakta-fakta berikut...

Sekiranya separuh bahagian barat Pelantar Ais Antartika mencair akibat kesan pemanasan dunia, itu saja sudah cukup untuk meninggikan paras laut sebanyak 60 kaki, dan menenggelamkan banyak bandar besar di pinggir laut.

Filem "Black Hawk Down" yang ditayangkan pada tahun 2002 dibuat berdasarkan sebuah buku yang mencatatkan kisah benar ketika pertempuran di Mogadishu pada tahun 1993. Apa yang sepatutnya disebut secara jelas adalah penglibatan batalion Malaysia yang bertugas di bawah mandat PBB di Somalia. Regimen Askar Melayu Diraja (Mechanized) ke-19 telah menunjukkan keberanian setelah menyelamatkan 75 orang askar Amerika Syarikat di sebalik kekecohan itu, serta mengorbankan seorang askar Malaysia. Turut terlibat adalah sepasukan askar dari Pakistan.

Matahari kita sudah mencapai pertengahan tempoh kewujudannya. Dalam beberapa bilion tahun seterusnya, kesemua hidrogen yang terlibat dalam tindakbalas nuklear di sana akan kehabisan. Matahari akan mengembang dan membakar planet-planet yang berada di orbit berhampiran, termasuk Bumi kita ini. Matahari adalah bintang paling dekat dengan Bumi. Bintang yang kedua paling dekat adalah Alpha Centauri yang berjarak 250,000 kali lebih jauh berbanding matahari.

Orbit bulan mengelilingi bumi tidak berada pada satah yang tetap. Laluan orbit bulan beralih ke atas dan ke bawah sepertimana sekeping duit syiling yang sedang berputar ketika ia hampir berhenti. Ini menjelaskan kenapa bulan kelihatan lebih ke utara atau ke selatan pada masa-masa tertentu dalam setahun.

Daripada keseluruhan sumber air di dunia, hanya 2.5 peratus adalah air tawar. Selebihnya merupakan air laut masin yang masih belum digunakan secara meluas untuk bekalan air bersih. Sumber air tawar terbesar adalah dalam bentuk ais dan salji, yang merangkumi hampir 70 peratus dari keseluruhan sumber air tawar dunia. Dekat 30 peratus berikutnya adalah air bawah tanah. Justeru, hanya satu peratusan yang amat halus merupakan sumber air tawar dalam bentuk tasik dan sungai, terkandung dalam tanah, paya, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, serta wap air di atmosfera.

Ibu negara Perancis adalah Paris, sementara di Mongolia adalah Ulan Bataar. Tetapi tahukah anda bahawa Afrika Selatan secara rasminya memiliki 3 ibu negara? Ketiga-tiganya adalah Cape Town (majlis perwakilan), Pretoria (eksekutif), dan Bloemfontein (kehakiman).

Industri kapal udara (airship) mungkin satu-satunya industri yang pupus di zaman moden ini disebabkan kemalangan, biarpun hanya dua kecelakaan telah berlaku - R101 milik British (1930), diikuti Hindenburg milik Jerman tujuh tahun berikutnya, yang mencatatkan angka korban terkumpul kurang dari 100 orang.

Monopoli penghasilan dan perdagangan sutera oleh kerajaan purba China ditamatkan pada abad ke-6 apabila telur ulat sutera dan biji pokok mulberry diseludup keluar ke Eropah oleh paderi-paderi yang menyembunyikannya di dalam tongkat mereka untuk mengelakkan para pemeriksa. Keanggunan sutera telah sekian lama menjadi misteri buat dunia Barat hinggakan Maharaja Justinian dari Byzantine mengerahkan dua orang paderi ke negara China dengan tujuan untuk mengupas rahsia penghasilan sutera. Pada ketika itu, pembuatan sutera dikawal ketat oleh kerajaan, hinggakan setiap pedagang dan pengembara yang keluar dari China diperiksa dengan teliti supaya rahsia itu tidak terbongkar. Sehingga ke hari ini sutera adalah fabrik terhasil dari bahan semula jadi paling mahal dan paling tinggi permintaannya. Ulat sutera yang diberi makan daun mulberry akan menganyam kepompong menggunakan hanya seutas benang sutera sebagai persediaan untuk metamorfosis menjadi kupu-kupu.

Piala Dunia FIFA 2002 adalah yang pertama kali dianjurkan bersama oleh dua buah negara, iaitu Jepun dan juga Korea Selatan. Ia juga merupakan yang pertama diadakan di benua Asia. Bola sepak adalah sukan terunggul di dunia, dimainkan di semua benua kecuali Antartika. Di setiap benua tersebut juga, bola sepak adalah sukan terutama, kecuali di Amerika Utara (Amerika Syarikat). Piala Dunia FIFA, diadakan setiap 4 tahun, adalah kejohanan paling berprestij. Pemenang piala tersebut dianggap sebagai juara bola sepak seluruh dunia.

Sistem monarki berperlembagaan di Malaysia adalah unik di mana Yang Dipertuan Agong, yang merupakan ketua negara simbolik, dipilih untuk tempoh selama lima tahun dari kalangan sultan-sultan pemerintah sembilan buah negeri Melayu. Pada 21 November 2001, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mangkat ketika menjadi Yang Dipertuan Agong ke-11. Baginda adalah sultan negeri Selangor.

Nama tempat paling panjang di Bumi yang diketahui adalah Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch yang terletak di barat laut Wales, United Kingdom. Tetapi kebanyakan orang sering memanggilnya secara mudah sebagai Llanfair PG.

Malaysia memiliki dua "hari lahir" - 31 Ogos 1957 iaitu apabila Tanah Melayu (Malaya) mengisytiharkan kemerdekaan daripada British, dan 16 September 1963 iaitu apabila Persekutuan Malaysia dibentuk. Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan setelah beberapa siri perundingan di antara kerajaan British dan pemimpin tempatan diketuai Tunku Abdul Rahman (yang seterusnya menjadi Perdana Menteri pertama serta dianggap sebagai Bapa Kemerdekaan), melibatkan kesemua negeri di Semenanjung Tanah Melayu kecuali Singapura. Persekutuan Malaysia pula terbentuk berikutan penyertaan dua negeri di Pulau Borneo iaitu Sabah dan Sarawak, serta Singapura (Brunei yang turut dianjurkan memasuki persekutuan itu membatalkan hasratnya). Pada tahun 1965, Singapura dikeluarkan dari Malaysia berikutan ketegangan akibat percanggahan pendirian para pemimpin, lalu terbentuklah negara Singapura yang berasingan. Pada bulan Mei 2001,

Seorang jurutera marin yang sedang menjalankan kajian sonar di perairan luar pesisir Cuba telah menemui apa yang kelihatan seperti peninggalan sebuah kota purba, 2000 kaki di bawah paras laut. Mampukah penemuan ini memecahkan misteri berkaitan Atlantis? Kajian masih sedang dijalankan secara tertutup dan di bawah kawalan ketat. Sebelum ini, penemuan struktur ganjil di luar pesisir Kepulauan Bimini turut menggemparkan dunia dan mencetuskan semula kehangatan lagenda Atlantis. Struktur itu kelihatan seperti susunan batu yang membentuk satu tembok panjang. Walau bagaimanapun, ramai pakar geologi mengatakan struktur itu boleh terbentuk melalui proses semula jadi yang jarang-jarang berlaku. Namun, spekulasi masih berterusan.

Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam.Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang, dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku

setiap tahun Negeri Selangor dibayar RM 1 juta sejak 1970 oleh kerajaan persekutuan sebagai pampasan Kerajaan Persekutuan mengambil Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran.

terdapat lebih 3 juta ekor lembu di New Zealand ???

Alexander Graham Bell yg mencipta Telefon memberikan idea untuk mengucapkan Ahoy !!! semasa menggunakan telefon, pada mulanya ucapan itu digunakan dan akhirnya masyarakat sudah terbiasa dengan ucapan Hello !!!

internet telah wujud sejak zaman 50-an lagi, tujuan asal teknologi ini dicipta adalah untuk bidang komunikasi dalam ketenteraan /peperangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...