Sunday, July 18, 2010

Kewujudan Makhluk Asing menurut Pandangan Islam







Artikel ini mungkin asing bagi anda kerana ia membincangkan tentang kewujudan Makhluk Asing atau Extra Terrestrial (E.T) atau Aliens TETAPI menurut pandangan Islam. Ianya jarang-jarang diketengahkan. Bagi saya, ini adalah huraian tentang Makhluk Asing menurut pandangan Islam yang pertama saya dengar. Hujah-hujah mengenai kewujudan Aliens ini dibentang oleh Sami Zataari, seorang Muslim dan Ilmuwan Islam yang terkenal di barat.


Perbincangan ini pada fikiran anda mungkin seperti mengarut. Ini dah macam cerita Hollywood la pulak. namun biar saya tanya Anda, adakah Dinosaur itu Wujud? kalau tanya saya, pasti saya kata wujud kerana ada berapa banyak fosil Dinosaur yang dijumpai di dunia ini? ia ditemuai di Afrika, Amerika Utara dan Selatan, di China di Eropah, dan lain-lain tempat malah juga ditemuai di Thailand yang sangat dekat dengan kita. Tapi wujudkah kisah mengenai Dinosaur didalam Al-Quran? Jawapannya ada, sila baca dalil dibawah.


"Behold! in the creation of the heavens and the earth; in the alternation of the night and the day; in the sailing of the ships through the ocean for the profit of mankind; in the rain which Allah Sends down from the skies, and the life which He gives therewith to an earth that is dead; in the beasts of all kinds that He scatters through the earth; in the change of the winds, and the clouds which they Trail like their slaves between the sky and the earth;- (Here) indeed are Signs for a people that are wise."

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang raksaksa; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. "

(Surah Al-Baqarah, ayat 164)


Selain dalil ini, lihat juga dalil dibawah,


"He created the heavens without any pillars that ye can see; He set on the earth mountains standing firm, lest it should shake with you; and He scattered through it beasts of all kinds. We send down rain from the sky, and produce on the earth every kind of noble creature, in pairs. (The Noble Quran, 31:10)"

"Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang raksaksa. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat."

(Surah Luqman, Ayat 10)


didalam Al-Quran, Allah ada menerangkan mengenai "dabbah" yakni haiwan ganas dan besar, didalam bahasa Inggeris disebut sebagai beast. Istilah Dinosaur adalah istilah moden yang diberikan oleh para Saintis Paleontology bagi merujuk makhluk yang besar-besar dan kadang kala ganas yang mana sekiranya haiwan-haiwan ini masih wujud, Manusia mungkin tidak dapat hidup didunia ini, maka kepupusan Dinosaur itu adalah merupakan ketentuan Allah supaya Manusia dapat hidup selesa di BUMI pada waktu sekarang. Kesimpulannya Dinosaur itu memang Wujud cuma sekarang dah pupus. - End of the Story-


Sekarang kita beralih kepada topik Kewujudan Makhluk Asing menurut pandangan Islam pula.


**********************************


Benarkah Makhluk Asing itu Wujud? Mungkinkah Wujud Makhluk bernyawa diluar Bumi ini? Perkara ini ada dua pendapat utama,


1 ) Golongan yang tidak percaya wujud Makhluk lain di luar bumi (Alam Semesta/Universe/Outer Space), dan satu lagi


2) Golongan yang percaya bahawa wujud Makhluk lain di luar bumi (Alam Semesta/Universe/Outer Space) memang wujud.


Mari kita bincang tentang golongan Pertama (1) dahulu. Kebanyakan orang memang tergolong didalam kumpulan ini kerana sehingga kini masih tiada bukti kukuh mengenai terjumpanya Makhluk Asing (Extra Terrestrial) atau juga disebut sebagai Alien. Terdapat Institusi Khas yang ditubuhkan untuk mencari Makhluk Asing yang dikenali sebagai Search for Extra-Terrestrial Intelligence (SETI) contohnya dengan menggunakan teknologi mengesan gelombang, tetapi masih lagi gagal sehingga kini. Disamping itu Hollywood juga menggarap pelbagai kisah Aliens yang mengarut-ngarut dan menjadikan Aliens hanyalah Kisah Fantasi semata-mata.


Sementara golongan kedua (2) yang mempercayai wujudnya Makhluk asing pula terbahagi kepada dua iaitu :-


2A) Golongan yang percaya wujud Makhluk lain di luar bumi tetapi makhluk ini kecil sahaja seperti kuman atau wujud juga Makhluk yang boleh dilihat dengan mata kasar tetapi tiada akal seperti haiwan-haiwan lain di bumi.

2B) Golongan yang percaya wujud Makhluk lain di luar bumi dan ia termasuk makhluk-makluk seperti 2A dan juga makhluk bijak/berakal seperti atau kurang atau lebih dari Manusia atau seperti Jin yang kurang akal tetapi bijak menipu. Makhluk-makhluk seperti ini lah yang banyak digarap oleh filem-filem Hollywood seperti Star-Trek dan Star Wars iaitu Makhluk yang bijak, mungkin berpakaian, berkenderaan, berkerajaan, malah mempunyai Tamadun sendiri.


Contoh kepercayaan Golongan (2A)

Dakwaan oleh NASA tentang penemuan Fosil Kuman yang dijumpai daripada batu yang diambil di Planet Marikh. Batu tersebut dikutip oleh robot milik Nasa yang mendarat di Marikh pada tahun 2007.


Contoh kepercayaan Golongan (2B)

Gambaran Hollywood yang menunjukkan Aliens yang boleh berkata-kata, berpakaian, bersenjata, berkenderaan, mempunyai ketua (Sistem Politik) dan sebagainya


Gambar dibawah adalah dakwaan wujudnya Tamadun di Planet Marikh pada masa dahulu.




Gambar Binaan seperti Pyramid yang tersusun seperti Fibonaci Number's design dan binaan gambar muka. Gambar-gambar ini didakwa oleh NASA sebagai bukti ia merupakan binaan sesebuah Tamadun dan bukannya terbentuk secara semulajadi. Gambar-gambar ini diambil oleh satelit Nasa di Planet Marikh. WALLAHUALAM.


*************************************************************************************


Sami Zaatari, seorang pengkaji Al-Quran dan Hadith telah membuat kesimpulan terhadap Kewujudan Makhluk Asing/Extra Terrestrial atau Alien menurut Al-Quran yang mana makhluk tersebut tidak termasuk para Malaikat dan Jin. Beliau berada dalam golongan (2B) yakni yang mempercayai wujudnya Makhluk hidup yang lain di luar bumi dan mereka ini termasuk yang seperti haiwan yang tidak berakal dan juga yang bijak dan mempunya tamadun mungkin seperti manusia. Beliau, mengemukakan beberapa dalil dari Al-Quran yang menurut beliau merujuk kepada wujudnya Makhluk Asing.


"And among His Signs is the creation of the heavens and the earth, and the living creatures that He has scattered through them: and He has power to gather them together when He wills."

"Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah penciptaan Syurga (Langit) dan Bumi, dan hidupan-hidupan yang telah Dia (Allah) taburkan kedalamnya (Langit dan Bumi itu) : dan Dia lah yang berkuasa untuk mengumpulkan kesemuanya pada bila-bila masa Dia kehendaki"

(Surah As-Shura, Ayat 29.)


Tafsiran oleh Sami Zataari adalah Syurga didalam bahasa Arab juga merujuk kepada langit sebagaimana kita merujuk syurga "diatas" dengan menunjukkan kelangit. Langit pula pada waktu sekarang merujuk kepada Angkasa lepas/Outer Space/Universe. Didalam ayat ini juga, Allah S.W.T juga menerangkan kehidupan yang telah Allah sebarkan keseluruh alam yakni di dalam ayat tersebut, Syurga dan Bumi.

Jika benar tafsiran Sami Zataari, maka ini menunjukkan kebenaran kumpulan (2A) seperti yang diterangkan diatas mengenai wujudnya makhluk lain di luar bumi tetapi mereka tidak bijak seperti kita. Ini boleh dilihat dalam gambar yang didakwa Nasa sebagai Fosil Kuman Bakteria di atas. Sami Zataari juga menerangkan huraian seorang cendekiawan Islam Klasik bernama Ibn Kathir yang menyokong dakwaan beliau iaitu menurut Ibn Kathir, Ayat ini menerangkan bahawa "kehidupan" yang dimaksudkan didalam ayat diatas adalah termasuk Manusia, Jin, Haiwan, Tumbuh-tumbuhan DAN LAIN-LAIN. Ini bermaksud terdapat makhluk-makhluk lain yang tidak kita ketahui, hanya Allah sahaja yang tahu.


Sami Zataari juga menafikan tafsiran cendekiawan Islam lain yang menyatakan bahawa KEHIDUPAN YANG LAIN-LAIN yang dimaksudkan Ibn Kathir sebenarnya merujuk kepada para Malaikat dan Jin. Beliau menyangkal dakwaan tersebut kerana Allah S.W.T telah menerangkan didalam Surah Al-Baqarah bahawa Dia (Allah) telah mencampak Syaitan (Jin), Adam dan Hawa (Manusia), ke BUMI dan ia akan menjadi tempat tinggal bagi Manusia dan Jin. . . . Manakala Para Malaikat pula tidak tinggal di Alam Semesta (Universe) sebaliknya mereka tinggal sama ada di Syurga (Merujuk kepada Arasy: Tempat Allah bersemayam, bukan merujuk kepada Langit/Angkasa/Universe) atau di Bumi sahaja. Tetapi mereka ada menjalankan tugas seperti Malaikat Jibril yang menghantar Utusan Allah (Al-Quran) kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W serta kepada Nabi-Nabi yang terdahulu. Terdapat juga para Malaikat yang tugasnya mengambil nama 40 orang pertama yang datang ke Masjid semasa solat Jumaat dan menghantarkannya kepada Allah dan ini pastilah melalui Alam Semsta (Luar Bumi), Namun mereka tidak tinggal di Angkasa Lepas, mereka cuma melalui Angasa Lepas sahaja dan itu hanyalah tugas mereka. Ibarat pemandu lori yang menghantar barang dari KL ke JB, pemandu lori tersebut singgah di Melaka dan akhirnya sampai di JB namun tempat tinggalnya masih lagi di KL, bukan di Melaka atau JB.


Sekarang kita lihat pula dalil berikutnya,


"Allah it is who hath created seven heavens, and of the earth the the same numbers. The commandment cometh down among them slowly, that ye may know that Allah is Able to do all things, and that Allah surroundeth all things in knowledge."

"Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu (dengan Jumlah yang sama); perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu."

(Surah At-Talaaq, Ayat 12)


Menurut Sami Zataari lagi, ayat ini menerangkan bahawa ada 7 Petala Langit ( 7 Peringkat Syurga) seperti yang kita tahu DAN pada BUMI pula ada jumlah yang sama yakni TUJUH (7)

Sekarang kita lihat makna 7 pula, paling mudah difahami adalah BUMI yakni yang mempunyai pelbagai makhluk hidup dan sangat sesuai/selesa untuk kehidupan ada 7 kesemuanya. Selain itu, didalam bahasa Arab dan gaya bahasa Al-Quran, kadang-kadang nombor 7 juga bermaksud SANGAT-SANGAT BANYAK !!!


Namun beliau menambah, terdapat Ilmuwan Islam lain yang mendakwa bahawa 7 Bumi di dalam ayat tersebut bermaksud 7 Benua. Bagi saya, ayat-ayat Allah kadang-kadang mempunyai lebih dari satu maklumat contohnya Surah Al-Alaq yang menerangkan Kejadian Manusia didalam Rahim Ibu. Pada mulanya bayi didalam rahim ibu berbentuk " 'Alaq ", perkataan ini mempunya empat atau lebih maksud iaitu, (1) Lintah (2) Yang bergantung/melekat pada sesuatu (3) segumpal darah (4) sesuatu seperti dikunyah, contohnya seperti gula-gula getah (chewing-gum). Jadi Allah menerangkan kejadian awal manusia didalam perut seperti yang mana satu? jawapannya keempat-empatnya sekali. Kebetulan perkataan " 'Alaq" bermaksud keempat-empat perkara tersebut dan kebetulan pula kesemuanya tepat. Betapa hebatnya Ilmu Allah dan Bahasa Arab, boleh menerangkan sesuatu perkara yang rumit dan panjang lebar hanya dengan 1 perkataan sahaja yakni " 'Alaq".



Rupa Embrio sewaktu mula-mula terbentuk, lihat yang sebelah kiri


Jadi, kembali kepada 7 BUMI tadi, kemungkinan selain maksud 7 Benua, ia juga bermaksud 7 lapisan bumi dan mungkin juga 7 planet lain seperti BUMI...!


Memang kita belajar disekolah bahawa Bumi ada 3 Lapisan Utama iaitu Kerak, Mantel dan Teras. Tetapi itu adalah lapisan Major atau umum, sebenarnya BUMI memang ada 7 lapisan yang berbeza contohnya bahagian Kerak sebenarnya terbahagi kepada 3 bahagian, kesemua bahagian ini keras dan para Saintis Geologi sudah mengorek sedalam-dalamnya tetapi masih berada didalam lapisan yang keras, namun ada 3 struktur tanah yang berbeza. Mantel mempunyai 2 bahagian dan kedua-dua bahagian adalah lembut tetapi panas seperti Lava Gunung Berapi. Sebenarnya Lava gunung berapi memang berasal dari kawasan Mantel. Teras pula mempunya 2 bahagian iaitu satunya sangat-sangat keras dan satu lagi tidak diketahui. Para Saintis Geologi mengesan hal ini menggunakan sistem pantulan radio yang membalas dgn 7 nada yang berbeza bermaksud ada 7 lapisan. Jadi kesemuanya adalah 7 Lapisan BUMI.


Didalam gambar ini, Crust (Kerak) mempunyai 2 bahagian, Mantle (Mantel) mempunya 3 bahagian kerana saintis ini memasukkan kawasan Asthenosphere sebagai kawasan Mantel, Kerak pula mempunya 2 bahagian, cair dan keras.


Jadi benarlah ada 7 benua dan dalam masa yang sama ada 7 Lapisan BUMI, ....tapi mungkin juga didalam ayat yang sama ia menerangkan 7 Planet lain seperti BUMI....!!!


Sekarang kita lihat pula dalil yang berikutnya,


"Verily We have honored the children of Adam. We carry them on the land and the sea, and have made provision of good things for them, and have preferred them above many of those whom We created with a marked preferment."

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."

(Surah Al-Isra', Ayat 70)


Ayat ini menerangkan tentang betapa Allah S.W.T adalah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang telah menganugerahkan anak-anak adam (Manusia) dengan kemudahan seperti kekuasaan dan kenderaan agar Manusia boleh menjadi Khalifah di Muka Bumi. Namun ada satu perkataan yang menimbulkan tanda tanya disini, mengapakakah Allah memberitahu manusia meguasai "banyak makhluk-makhluk" tetapi bukan "kesemua makhluk-makhluk."

Nanti dulu, Bukankah kita belajar mengenai kemulian Manusia yang lebih tinggi dari Haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhanan di muka bumi ini kerana kita adalah Khalifah dimuka bumi? Malah, kita juga lebih mulia daripada Jin dan sebenarnya taraf Manusia lebih tinggi daripada Jin sehingga mereka ini boleh diperhambakan oleh Nabi Sulaiman A.S dan menurut Hadis Nabi S.A.W, terdapat seorang manusia di zaman Nabi Sulaiman yang boleh melakukan sesuatu pekerjaan yang berat lebih pantas daripada Jin Ifrait sedangkan lelaki tersebut hanyalah manusia biasa dan Jin Ifrait adalah yang paling kuat dan paling laju diantara kesemua Jin-jin pada masa itu. Malah kita juga diajarkan bahawa didalam hati kita mempunya Nafsu sementara Malaikat pula tidak mempunya Nafsu, sekiranya kita boleh menepis nafsu tersebut dan mentaati Allah seperti Malaikat biasa mentaati Nya, taraf kita sebagai manusia adalah lebih tinggi dari para Malaikat di sisi Allah (melainkan jika kita kalah pada Nafsu). Jadi bukankah Malaikat, Jin, Haiwan, dan Tumbuhan (serta makhluk tak bernyawa seprti batu dan air) adalah "kesemua makhluk-makhluk?" ya KESEMUA nya jika tiada makhluk-makhluk lain yang manusia adalah lebih berkuasa sebagai Khalifah keatas makhluk-makhluk tersebut. Namun apabila Allah S.W.T memberitahu kita tentang ke-Khalifah-an manusia kepada "BANYAK makhluk-makhluk", maka ini bermaksud BUKAN SEMUA...!!!


Dalam kes ini, kita andaikan jika Aliens atau E.T ini benar-benar wujud, maka kita sebagai manusia bukanlah Khalifah kepada Aliens tersebut yang mana ayat "Banyak makhluk-makhluk" ini tidak termasuk yang boleh dikawal atau dipergunakan oleh manusia seperti makhluk umum lain misalnya kuda yang dijadikan kenderaan, kambing dan tanaman yang dijadikan makanan, besi dan kayu yang dijadikan alat, Jin yang pernah diperintah oleh Nabi Sulaiman A.S serta Bomoh Jahat yang menyalahgunakan ilmu hitam yang menggunakan jin, Air untuk diminum, mandi dan menjadi pelantar kepada kapal untuk berlayar dsb. Ya, kita adalah Khalifah kepada semua makhluk-makhluk ini seperti yang diterangkan dalam ayat diatas. Namun kita tidak berkuasa kepada Aliens (jika ada) dan Aleins tersebut mungkin merupakan Khalifah di Planetnya sendiri, itu kita tidak tahu. Ini kerana apabila Manusia tidak menguasai Aliens kerana mereka tidak termasuk dalam BANYAK makhluk-makhluk diatas. Maka menurut Sami Zataari, mereka ini mempunyai ke-Khalifah-an yang tersendiri. Jangan salah faham, ini bukan bermaksud yang mereka ini lebih tinggi taranfya berbanding kita cuma mereka sesama makhluk dibawah kekuasaan mereka mempunyai liga taraf yang tersendiri dan mereka lah nombor satu dikalangan makhluk-makhluk lain yang ada disekeliling mereka. Mereka ini juga Makhluk Allah dan mungkin seperti Jin, mereka juga sekiranya bijak seperti Jin atau berakal seperti Manusia, mungkin ada yang Islam, tak mustahil. Jika anda masih ingat filem XX-Ray (yang pertama) tahun 1990 arahan Aziz M. Osman, di penghujung cerita, Erma Fatimah turun sebagai Aliens dan berkata kepada Hero (Aziz) "Jangan takut, saya juga Makhluk Allah", ini sangat menarik kerana ini adalah Aliens pertama di dalam filem yang mengaku Islam, (iye lah, kalau tengok Aleins filem Holywood, kalau tak jahat pun Aliens baik macam Yoda dan Jar-jar Binks, tapi masih tak Islam jugak). Saya pasti bahawa mesej yang cuba disampaikan oleh Aziz M. Osman ialah, jika Aliens itu wujud, mereka juga makhluk Allah seperti kita. Jika mereka benar-benar wujud, perkara ini sudah pasti bahawa mereka adalah Makhluk Allah kerana kita adalah orang Islam yang percaya bahawa seluruh isi alam ini adalah Makhluk ciptaan Nya.


Jika mereka ini mempunya ke-Khalifah-an tersendiri, maka mereka sudah pastilah makhluk yang bijak mungkin seperti Jin yang mempunyai kerajaan sendiri, malah mungkin juga berakal, itu kita tidak tahu. Ini dipanggil Intelligent atau Akal, inilah yang membezakan manusia dan Haiwan! Manusia boleh berkomunikasi dengan bahasa yang kompleks, boleh berhubung menggunakan komputer, kan pelik tu, binatang mana boleh berhubung guna komputer ataupun I-Phone, canggih betul manusia ni. Zaman nenek moyang kita dulu, kalau berutus surat pun dah lebih canggih daripada haiwan. boleh pulak kita memproses petrolium menjadi polymer dan akhirnya jadi plastik dan akhirnya jadi handphone pulak. Ini Intelligent, Ini Akal...!!!!

Sekarang kamu dah tahu apa itu Intelligent atau Akal, maka jika kamu adalah makhluk seperti lembu, kamu tiada daya ke-Khalifaha-an yang dikurniakan kepada manusia yang mempunyai daya meng-Eksploitasi (mempergunakan sesuatu seperti memprosesnya atau menggunakannya untuk satu tujuan seperti kenderaan dsb). Kamu hanya boleh eksploit rumput dan pucuk-pucuk daun sahaja untuk dijadikan makanan, tidak lebih dari itu.

Maka jika menurut tafsiran Sami Zataari daripada ayat diatas, Makhluk ini adalah berakal, tidak pasti sama ada kurang atau lebih dari kita. Tetapi kita tidak boleh meng-eksploitasi mereka kerana mereka tidak termaksuk dalam "Banyak makhluk-makhluk" yang Allah letakkan kuasa ke-khalifah-an kepada kita untuk menguasai makhluk-makhluk yang banyak ini. Maka sudah tentu mereka merupakan Khalifah kepada makhluk di BUMI mereka sendiri. WALLAHUALAM.


Kesimpulan daripada huraian Sami Zataari terhadap ketiga-tiga ayat diatas tadi ada dua iaitu :-

(2A) memang wujud makhluk lain diluar BUMI ini dan

(2B) makhluk ini termasuk yang tidak bijak seperti 2A diatas dan juga YANG MEMANG BIJAK, mungkin seperti Jin dan mungkin juga BERAKAL SEPERTI MANUSIA!


Namun segalanya terpulang kepada anda untuk menilai. Sehingga kini masih kurang jelas mengenai kewujudan Makhluk Asing sama ada yang tidak bijak seperti kuman atau yang bijak seperti Jin atau yang berakal seperti Manusia.

Beliau (Sami Zataari) memang sangat terkenal dibarat sebagai seorang Ilmuwan Islam muda malah pernah berdebat dengan Mubaligh Kristian dan memenangkan Agama Allah seperti yang dilakukan oleh Ahmad Deedat, Dr. Zakir Naik, dan Abdul-Raheem Green. Namun beliau bukanlah seorang Ulama besar seperti Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang boleh memberikan fatwa bahawa Aliens itu Wujud. Oleh itu terpulang kepada kita untuk menilai.


Wujud persoalan jika Aliens ini benar-benar wujud, mengapakah ianya kurang dijelaskan didalam Al-Quran dan Hadis? selepas saya berfikir, mungkin juga Allah tidak memberatkan kita dengan perkara-perkara yang kita tidak perlu tahu sangat, mungkin jika kita tahu pun tiada kesan. Pada firasat saya, Tamadun manusia tidak akan bertemu dengan Aliens bijak atau E.T ini melainkan selepas hari Kiamat sahaja. Oleh itu ia akan menjadi bukti kekuasaan Allah dan kebenaran Al-Quran, sebab itu lah ianya seperti kurang penting atau sangat kurang kisahnya didalam Al-Quran kerana mungkin buat masa ini ianya tidak penting, maka sampai kiamat pun kita tidak akan jumpa, kita hanya ketahui tentang perkara ini mungkin di padang Mahsyar, siapa tahu? Pada ketika itu barulah kita tahu tentang kewujudan mereka. Ini lah yang saya maksudkan bukti kekuasaan Allah dan kebenaran Al-Quran. WALLAHUALAM.

12 comments:

  1. aliens tuh bro xsilap aku spesis jin gak la..

    ReplyDelete
  2. Pada pemikiran aku, Aliens yang didakwa dijumpai di bumi ini sebenarnya memang Jin pun. Aliens tersebut mungkin Fitnh Dajjal yang cuba mengelirukan manusia.

    Tapi yang dimaksudkan Sami Zataari ini adalah di luar bumi yang mana Jin tidak boleh tinggal ditempat lain selain Bumi menurut Surah Al-Baqarah. Bumi adalah rumah bagi Anak-anak Adam dan Hawa (Manusia) dan anak-anak Iblis (Jin dan Syaitan) selama-lamanya hingga ke hari kiamat. Jadi, tolong bayangkan Aliens yang diluar ajaran Hollywood. Mereka ini cuba menjadi Aliens Palsu termasuk Jin-jin yang menyerupai Aliens tu.

    ReplyDelete
  3. mungkinkah teknologi UFO yg terlampau maju seperti Piring Terbang yang mampu bergerak dengan pantas tanpa bunyi adalah hasil kemajuan manusia masa lampau?

    mengikut "time-line" kemajuan manusia mengalami "naik turun" kemajuan dan kali terakhir "pembasmian kemajuan" tamadun manusia dilalui ketika "banjir besar" yg ketika itu Nabi Nuh Alaihissalam mengemudi "Bahtera" untuk menyelamatkan "segolongan manusia".

    apakah Bahtera yg mampu memuatkan berbagai hidupan ketika itu cuma bahtera kayu biasa?

    mungkinkah teknologi yg hebat itu terperok disesuatu tempat yang masih belom diterokai? ataupun ia telah pun diterokai oleh negara tertentu? apakah area 51 yg ditegah dari dimasuki orang awam oleh Tentera Amerika?

    terlalu banyak persoalan dalam persoalan, dan kita haruslah berpegang pada tali kukuh iaitu Alquran, hadis, dan sunnah Rasullulah.

    free our mind, body and soul.

    ReplyDelete
  4. salam..

    walaupun makhluk di agkasa mempunyai teknologi yang canggih, merekaa tetap tidak dapat menandingi manusia, kerana manusia adalah sebaik-baik dan ciptaan Allah yang paling sempurna

    ReplyDelete
  5. seronok baca penjelasan Dr Danial Zainal Abidin dalam al-Quran Saintifik mengenai alien/makhluk asing. secara peribadi aku percaya alien tapi itu hak Allah. mungkin mereka ada rasul mereka sendiri, sistem syariah mereka sendiri. .wallahualam

    ReplyDelete
  6. erm...
    nice post..
    dpt juga aku baca satu lagi teori tentang alien nie...dpt la tgk kes alien ni dari view yg lain..bgs2..hehe

    bagi aku,selagi tiada fatwa khusus dikeluarkan,smua ini kekal sebagai teori...
    mungkin belum sampai masa utk kita berjaya menyelongkar perkara penuh misteri nie..
    tapi,ini tidak bermaksud aku menolak atau membenarkan teori ini kerana aku sendiri bukan lah arif dalam hal nie..
    walau apa pun, jadikanlah hal ini sebagai salah satu cara untuk kita mendekatkan diri dgn ALLAH,kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui,lagi Maha Bijaksana..

    ReplyDelete
  7. Pada suatu ketika dalam bulan Ramadhan di tahun 2003, aku baru selesai bersahur dengan housemates di rumah sewa di Taman Putera Jaya, Telipok, Sabah. Ketika aku tengah baring sambil menghadap langit di jendela. Kelihatan banyak bebintang yang begitu statik dengan mengharap akan ada kelihatan tahi bintang seperti yg sebelum2nya.. Tiba-tiba sebutir bintang yg statik pada mulanya bergerak dengan sederhana laju tidak seperti tahi bintang yg bergerak pantas. Dalam keadaan hairan dan tertanya-tanya dalam diri, aku terus ke luar rumah sewaku untuk memastikan apa yang aku lihat. Ketika itu fajar dah mula menyingsing serat kelihatan langit yg gelap semakin membiru. Apa yg ku lihat itu masih wujud. Ia terus bergerak dan dalam masa yang sama kelihatan kapal terbang pada masa itu. Benda yang bergerak yang disangka bintang itu terus melimpasi kapal terbang tersebut dengan begitu saja bersebelahannya. Dan kemudian objek yang bersinar itu terus hilang dalam kepulan awan... Itulah pengalaman ku sewaktu di dalam bulan Ramadhan ketika fajar sedang menyingsing... Aku ingin sekali melihat keadaan seperti itu agar aku dapat rakam sebagai bukti buat semua orang...

    Dzuellr

    ReplyDelete
  8. alahai bukan kha alien tu dah wujud sejak zaman nabi sulaiman..cuba baca kisah nabi sulaiman.terungkai semua rahsia di langit dan bumi

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum. sbenarnya sy ni pcya jugak tentang kwujudan alien/makhluk berakal di luar bumi. brdasarkan beberapa blog yg menyiarkan artikel mengenai alien ini. trmasuk blog ni, menambhkan kpercayaan sy tntng kwujudan alien ini. tmbahan pula, adanya dalil2 Al-Quran yg memperkuatkn dakwaaan wjudnya mkhluk asing ini. namun begitu, sy menceritakn hal ini kpd kwn2 sy, tapi semua tak prcaya. mereka tnya. jika benar wjud alien tu? mna bukti nya? adakah mereka mampu utk mcipta kenderaan sndiri dn sbgainya. mereka juga ada bg sy link video yg merungkai tentang fenomena ufo ini. subtitle dlm bhsa mlyu. stelah sy mlihat intipati video itu, yg berbentuk pembongkaran / dokumentari. sy mula rsa alien ni tak wjud pulak. tp sy tetap bpegang pd dalil Al-Quran. kpd yg pcya ufo wjud, tlong bg pndapat.



    http://www.youtube.com/watch?v=EA2ASINloFA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana sarankan anta teliti btul2 surah al isra. Dlm surah tu ana jmpa dua ayat yg mmbri ksan dlm diri ana. Antara isi kandungannya Allah kta Dia lah yg mengetahui makhluk2 di langit dan di bumi. Ayt satu lagi sama sprti yg blog ni kmukakan iaitu manusia dilebihkan antara kebanyakan makhluk. tetapi jgn lupa Allah jga kata nabi muhammad Saw itu ialah rahmatullil alamin iaitu rahmat untk SEKELIAN ALAM. Allah memilih makhluk yg membawa rahmat drpd skelian alam itu drpd manusia iaitu junjungan besar kita Rasulullah SAW.seorang manusia bernama muhammad bin abdullah bin abdul muthalib bin hasyim ialah makhluk termulia di sisi Allah SWT shinggakan malaikat trmasuk Jibril yg memiliki kedudukan tinggi di sisi Allah pun trt memuliakan dan brselawat untk baginda. itu shja yg ana mampu jelaskan. Yg lain itu anta buatlah ksimpulan sendir. yang ana nak sentuh di sini ialah marilah kita bnyakkan slwat kpd nabi kita rasulullah SAW. Bkn makhluk Hollywood tu yg nak agi syafaat kpd kita tetapi Nabi muhammad SAW

      Delete
  10. aku mmg dah syak allien tuh mmg benar2 x wujud pon..

    ReplyDelete
  11. Nice post.. Baru lps baca terjemahan Al-Quran. Tapi tiada pula dlm terjemahan Al-Quran menyebut binatang RAKSASA seperti ayat 164 Surah Al-Baqarah dan ayat 10 Surah Luqman seperti dlm post ni. Dlm terjemahan Al-Quran hanyai berhenti di binatang shj. Tidak disebut binatang Raksasa. *Sila lihat Terjemahan Al-Quran. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...