Thursday, May 6, 2010

Kisah Ilmu Hisab dulu2


Apa itu Dinar dan apa itu Dirham?
- Dinar adalah Duit Syiling Emas sementara Dirham adalah Duit Syiling Perak. 10 duit Syiling Dirham adalah bersamaan dengan 1 Duit Syiling Dinar. 8 Dirham bersamaan dgn 4/5 Dinar, banyak tu . . .

*******************************************************************

Suatu hari Ali dan Ahmad pergi bermusaffir. Kedua2 mereka membawa roti sebagai bekalan. Mana lah tahu kalau2 terlapar pulak di tengah perjalanan nanti. Walau bagaimana pun, roti yang dibawa oleh Ali 5 panjang roti sementara Ahmad membawa 3 panjang roti sahaja. Setelah sepurnama (Sebulan) mereka berjalan, akhirnya mereka tiba di sebuah Kota. Ali dan Ahmad pun berehat di sebuah wakaf (Pondok). Tiba-tiba datang seorang lagi tumpang berehat di wakaf tersebut. Beliau memperkenalkan diri sebagai Abu. Rupa2nya, Abu juga sedang bermusaffir seperti Ali dan Ahmad. Rupa Abu sangat kusut dan daif. Disebabkankan Ali dan Ahmad bercadang untuk makan di situ, mereka berdua dengan niat zuhud dan ikhlasnya telah menawarkan roti mereka kepada Abu, mungkin kerana kasihan terhadap Abu. Mereka bertiga pun makan dengan tertib. Masing2 makan sama banyak sehingga habis kesemua roti itu.

Selepas selesai makan, Abu pun meminta Izin meninggalkan tempat itu (Mungkin urusan Abu lebih penting). Abu pun memberikan satu uncang berisi duit syiling kepada mereka berdua sebagai tanda terima kasih kerana mempelawa roti. Disebabkan Ali dan Ahmad ikhlas, mereka pun berkata "Tak mengapalah, kami Ikhlas beri makan kepada kamu". Namun Abu berkeras mahu memberikan uncang tersebut. Ali dan Ahmad seperti terpaksa menerimanya. Abu pun beredar selepas itu. Disebabkan Ali dan Ahmad betul2 ikhlas, mereka langsung tidak memeriksa uncang tersebut. Pada pendapat mereka, didalamnya mungkin duit syiling biasa sahaja, mungkin duit syiling tembaga. Tak apa lah, mungkin ini rezeki dan mereka pun bersyukur kepada Allah. Mungkin mereka boleh menggunakannya apabila perlu.

Selepas selesai berehat di wakaf tersebut, Ali dan Ahmad pun beredar dan pergi kearah kota. Tujuan mereka adalah untuk membeli bekalan makanan. Selepas tiba di sebuah kedai roti, mereka pun bercadang untuk membeli roti tersebut. "Baik kita periksa berapa jumlah syiling yang di berikan oleh Abu tadi" kata Ali. Alangkah terkejutnya mereka berdua apabila mendapati bahawa isi uncang tadi adalah 8 ketul syiling Dirham (Perak). Rupa2nya Abu yang memberikan uncang tersebut bukanlah orang yang daif. Abu adalah seorang yang sangat kaya tetapi beperwatakan zuhud sehingga orang yang tidak mengenalinya menyangka dia adalah seorang miskin. Ahmad pun berkata "Apa kata kita bahagi dua dan seorang mendapat 4 Dirham?". Jawab Ali, "Aku tidak bersetuju kerana Abu memberikan uncang ini disebabkan roti yang dia makan. Roti yang aku bawa adalah 5 panjang manakala roti kau (Ahmad) cuma 3 panjang sahaja. Oleh itu, aku patut dapat 5/8 daripada Dirham ini iaitu 5 daripada". Selepas itu, mereka pun saling mempertikaikan hak yang mereka tuntut. Perkelahian mereka berdua telah menarik perhatian penduduk kota yang hampir dengan kedai roti dan semua berkerumun memerhatikan pertikaian itu. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang menawarka diri untuk menyelesaikan pertikaian tersebut dengan adil dan saksama.

"Wahai Ali, Wahai Ahmad, aku boleh selesai kan masalah kamu berdua". Kata lelaki misteri itu. Mereka berdua pun berkata "Kami tidak mengenal engkau tetapi jika engkau boleh selesaikan pertikaian ini, sila kan". Lelaki tersebut pun berkata "selepas mendengarkan hujah dari kamu berdua, saya membuat kesimpulan bahawa Ali patut mendapat 7 Dirham dan Ahmad patut dapat 1 Dirham sahaja". Mendengarkan kesimpulan tersebut, Ahmad telah membantah sekeras2nya. "Ini lebih tidak adil berbanding tuntutan Ali yang meminta 5 Dirham, bagaimana kamu boleh kata Ali patut dapat 7 Dirham?" Tanya Ahmad. Lelaki tersebut menjawab. "Jika kau benar2 mahukan keadilan maka kau hanya patut dapat 1 Dirham sahaja tetapi sahabat mu Ali telah menawarkan kamu 2 Dirham dan kamu patut berasa bersyukur". "Aku tidak paham, sila terangkan?" tanya Ahmad.

Lelaki tadi pun menjelaskan "Baiklah, Ali membawa 5 panjang roti sementara kamu (Ahmad) membawa 3 panjang roti sahaja. Kamu katakan bahawa ketiga-tiga kamu termasuk Abu si pemberi Uncang Dirham makan sama banyak sahaja, betul?". Mereka mengangguk-anggukkan kepala. Lelaki tadi menyambung "Oleh itu, Bayangkan 1 panjang roti dipotong 3? Maka roti daripada Ali akan jadi 3 potong x 5 panjang = 15 potong sementara Roti daripada kamu (Ahmad) akan jadi 3 potong x 3 panjang = 9 potong sahaja. Benar?". Kedua2 mereka mengangguk-anggukkan kepala. Lelaki tadi menyambung "Oleh itu 15 Potong roti Ali tambah 9 potong Roti Ahmad akan jadi 24 potong. Disebabkan kamu berdua kata tadi kamu bertiga makan sama banyak sahaja, maka adil lah jika 24 potong tadi dibahagi 3 dan seorang akan mendapat 8 potong roti sahaja. Ini bermakna Ahmad telah makan 8 roti daripada 9 rotinya dan hanya memberikan satu (1) potong sahaja roti kepada Abu. Sementara Ali pula makan 8 roti daripada 15 rotinya dan memberikan 7 potong roti kepada Abu. 1 potong roti Ahmad tambah 7 potong roti Ali maka Abu makan 8 potong roti, jumlah yang sama seperti kamu berdua makan. Jika setiap potong roti mewakili 1 Dirham, maka Ali akan dapat 7 Dirham dan Ahmad berhak dapat 1 Dirham sahaja.

Mendengarkan kata-kata itu, Ahmad telah Insaf dan mahu menuntut 1 Dirham sahaja walaupun Ali telah menawarkannya 2 Dirham. Mereka berdua pun berdamai dan meneruskan perjalanan Musaffir mereka. Rupa2nya lelaki misteri tadi adalah Hakim di Kota tersebut. Beliau terkenal dengan sifat Adil lagi Bijaksana.

**********************************************************

Moral of the story
1. Zuhud konon, dapat duit habis berkelahi dua2 orang tu.
2. Lain kali belajar la Ilmu Hisab (Matematik), baru la boleh membahagi2 dengan adil dan saksama.
3. Jadi lah seperti Abu yang kaya raya tapi tak berlagak, sentiasa bersifat zuhud dan selalu bersedekah.
4. Tuntutlah yang mana hak sahaja, seperti Ali yang akhirnya menuntut 1 Dirham sahaja kerana baginya, hanya itu lah jumlah yang dia berhak dapat.
5. Jadilah sahabat yang baik dan saling bermaaf-maafan.
6. Jadi lah hakim yang Adil lagi bijaksana. Jangan jadi hakim yang bodoh lagi korup.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...