Saturday, July 3, 2010

Kejutan Piala Dunia Part 1 (Kekalahan pasukan-pasukan terhebat)

Perbezaan Bermain untuk 'Glamour' berbanding Bermain untuk Negara.


Piala Dunia Edisi kali ini (2010) semakin hangat di perkatakan selepas tersungkurnya pasukan-pasukan hebat yang mempunyai para pemain ternama dunia seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney dan Kaka. Kesemuanya tidak menjaringkan sebarang gol kecuali Christiano Ronaldo (Itupun ketika menentang Korea Utara yang mempunyai ranking terendah dalam kejohanan dengan ranking ke-104 Dunia, Jangan lupa, mereka adalah negara komunis yang miskin dan mundur). Berikut adalah senarai negara-negara berprofile tinggi dan calon pemenang Piala Dunia Edisi kali ini yang telah tersungkur.
1) Perancis (France)
Bekas Juara Dunia 1998 ini layak ke saingan Piala Dunia edisi kali ini dengan penuh kontroversi bola terkena tangan Kapten Pasukan, Thiery Henry di kotak Penalti seterusnya menghantar bola tersebut kepada William Gallas untuk jaringan tunggal Perancis mara ke saingan akhir 32 pasukan. Namun pasukan ini bagai terhukum di peringkat kumpulan apabila tidak menang dalam semua perlawan di peringkat kumpulan (Kalah dan seri sahaja).
2) England
Mereka tampak lemah pada perlawanan pertama menetang Amerika Syarikat (USA) apabila kesalah penjaga Gol, Robert Green yang sangat cuai menidakkan kemenangan England yang ketika itu mendahului 1-0. Mereka sekadar seri 1-1 dengan USA dan 0-0 dengan Algeria yang baru pertama kali layak ke Pertandingan Akhir Piala Dunia. Kedudukan England ditempat kedua dalam kumpulan telah menemukan mereka dengan pasukan Jerman pada peringkat Kalah Mati 16 pasukan terakhir. Perlawanan ini adalah antara perkara paling kontroversi dalam sejarah selapas gol 'Tangan Dewa' oleh Diego Maradona pada 1974 yang juga menentang England pada ketika itu. Namun yang kontroversi pada kali ini bukan lah gol yang kontroversi tetapi gol yang dirakamkan oleh Kamera berdefinisi tinggi buat pertama kali dalam saingan Piala Dunia tidak dikira oleh Pengadil dan Penjaga garisan. Walau bagaimanapun, sekiranya gol tersebut dikira, England masih ketinggalan 2 gol kepada Jerman yang ketika itu menjaringkan 4 gol. Oleh itu, keputusan 1-4 atau 2-4 kepada Jerman tetap tidak merubah nasib England. Begitu mengejutkan pada edisi kali ini, nama yang disebut-sebut akan menyerah, Wayne Rooney tidak menjaringkan sebarang gol sepanjang edisi kali ini!.
3) Portugal
Pasukan ini tampak garang diperingkat kumpulan apabila membelasah negara Komunis Korea Utara 7 - 0 sekaligus menggerunkan pihak lawan termasuk Brazil yang hanya menang 2 - 1 sahaja keatas Korea Utara di peringkat Kumpulan. Namun pasukan ini tersungkur pada peringkat Kalah Mati 16 Pasukan keatas Sepanyol apabila David Villa menghukum kecuaian pemain pertahanan dan penjaga gol Portugal yang naik keatas untuk membersihkan bola. Gol tunggal tersebut kekal ke minit akhir dan mengecewakan Ketua Pasukan Cristiano Ronaldo yang juga Pemain terbaik Dunia 2008 dan penerima anugerah Ballon d'Or (Terbaik Eropah) 2008 serta memegang rekod perpindahan termahal setakat ini (mengalahkan rekod perpindahan Yazid Zinedin Zidane dari Juvetus ke Real Madrid). Nasib baiklah diantara bintang-bintang harapan yang menghiasi Poster dan muka depan Majalah-majalah ini berjaya menjaringkan 1 gol ketika Portugal membelasah Korea Utara 7 - 0.

Bersambung Part 2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...